Ibn Khaldun dan Pendidikan Dr Fahri Kayadibi: Associate Professor Illahiyat Fakultesi, Istanbul, University, Beyazit, Istanbul, Turkey (Translated) 1) Mendidik pelajar mengikut tahap kefahamannya. Ilmu diajar secara beransur-ansur, yang lebih rendah kepada yang lebih tinggi: daripada konsep yang senang kepada konsep yang lebih mendalam. Ini boleh memudahkan pelajar untuk faham kerana mereka sudah ada fahaman asas yang cukup kuat. Jika kaedah pengajaran secara beransur-ansur digunakan kepada pelajar, pendidikan akan terbukti lebih berkesan untuk mereka. 1
Pada mulanya, prinsip-prinsip utama ilmu itu perlu diajar, kemudian mengambil kira keupayaan pembelajaran pelajar tersebut dalam perkaraperkara ini. Dari tahap keupayan pelajar tersebut, pendidik dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dan menyampaikan ilmu di tahap yang mereka boleh fahami. Semua matapelajaran harus diajar dengan kaedah begini. Ini kerana, dengan kaedah tersebut para pelajar dapat menunjukkan potensi mereka dalam menguasai sedikit sebanyak dalam apa yang telah dipelajari. Dalam jangka masa tersebut, pelajar dapat menyerap pelajaran yang diberikan. Guru harus mengulangkaji matapelajaran tersebut, kemudian memberi penerangan yang lebih luas sehingga selesai silabus. Guru harus mengulangkaji matapelajaran tersebut sebanyak tiga kali: ini dapat membantu pelajar faham dan ingat apa yang mereka telah pelajari. Dari sini juga guru dapat menerangkan konsepkonsep yang lebih mendalam dan masalah- 2
masalah yang lebih kritikal. Ini dapat membantu pelajar faham lebih tepat dan lebih mengukuhkan fahaman asas mereka tentang matapelajaran tersebut. Setiap satu matapelajaran mesti diulangkaji sekurang-kurangnya 3 kali supaya ilmu yang dipelajar oleh pelajar dapat diserap dan menjadi mantap. Menurut Ibn Khaldun, inilah kaedah pengajaran yang terbaik. 2) Pelajar tidak perlu dipaksa untuk menghafal Apabila guru menerangkan aspek-aspek yang sukar untuk difahami oleh pelajar, kadangkala pelajar perlu menghafal pelajaran mereka. Ini dianggap sebagai kaedah pembelajaran yang betul. Oleh kerana apa yang dihafal itu informasi yang sukar untuk difahami, minda pelajar tidak mampu memahami apa yang mereka telah hafal dan ini boleh membebankan pelajar. Ini boleh membuat pelajar menjadi malas dan menolak informasi 3
tersebut. Ini juga akan menghilangkan minat pelajar. Guru tidak boleh membebankan pelajar dengan pelajaran di luar keupayaan dan kapasiti mereka. Jangan campur adukkan informasi didalam buku teks dan luar buku teks. Ini hanya akan membawa kebingungan kepada pelajar. Menurut Ibn Khaldun, apabila guru mengajar, dia mesti mengadakan perbincangan untuk mengasah kemahiran pemikiran mereka dan juga banyak mengulangkaji. Hafalan harus dielakkan. 3) Matapelajaran tidak harus diajar secara urutan yang terputus Jika guru mengajar secara terputus-putus, ia hanya akan memanjangkan waktu pelajaran tersebut. Apabila waktu pelajaran itu dipanjangkan, pelajar akan lupa apa yang telah mereka pelajari. Apabila mereka lupa apa yang dipelajari, mereka tidak dapat mengaitkan isu-isu yang dibincangkan, kerana informasi yang telah 4
disampaikan sudah tidak mantap lagi di minda pelajar. Akan tetapi, apabila guru menggunakan kaedah yang berurutan, teratur dan konsisten dalam pengajaran, kemudian dia memberi contoh dan mengaplikasikan apa yang dia telah kongsi sesama pelajar, pelajar dapat mengaitkan isu-isu yang dibentangkan dengan informasi yang telah dipelajari. Apabila pelajar dapat membuat kaitan, mereka akan lebih faham kaitan ilmu dan isu-isu yang dibentangkan, dan dengan itu, matapelajaran itu akan lebih mantap dan mereka boleh menghayatinya. Ilmu yang telah dipelajari akan kekal lebih lama di minda pelajar. 4) Dua matapelajaran tidak boleh diajar pada waktu yang sama Guru tidak boleh mengajar matapelajaran atau topik yang baru jika matapelajaran sebelumnya belum selesai diajar. Ini kerana ia memisahkan hati daripada minda. Konsentrasi pelajar tidak sempurna kerana kedua-dua matapelajaran atau 5
topik tidak dapat dihayati/difahami dengan sepenuhnya. Ini akan membuat pelajar bingung dan salah faham ilmu yang dipelajari. 5) Jangka masa yang sesuai untuk mengajar suatu matapelajaran Menurut Ibn Khaldun, suatu matapelajaran yang terlalu ringkas atau terlalu panjang akan membebankan pelajar untuk memahami faktafakta penting matapelajaran itu. Ibn Khaldun membahagikan sains kepada dua: science-means dan science-purpose. Apabila guru terlalu menekankan science-means dan bukan sciencepurpose ia akan membawa kepada akibat yang buruk. 6) Terlalu tegas kepada pelajar itu berbahaya Dalam pendidikan dan pengajaran, ia berbahaya jika guru terlalu tegas terhadap pelajarnya terutamanya jika pelajar itu masih muda. Sikap agresif guru itu boleh mempengaruhi pelajar itu dan ia member kesan yang negatif. Pelajar bukan 6
hanya akan rasa takut, malahan dia boleh terikut sikap guru tadi. Secara psikologi, pengaruh negatif itu akan akan membuat pelajar rasa sedih, kurang senang dan melemahkan semangatnya untuk belajar dan bekerja keras. Oleh kerana itu, pelajar menjadi malas dan minatnya untuk belajar akan hilang. Pelajar juga akan bertindak dengan cara yang hatinya sendiri benci, seperti berbohong. Dia berbohong kerana takut dimarahi guru. Apabila perkara ini berterusan, ia akan menjadi sebahagian daripada watak dan personaliti pelajar itu. Hal sedemikian boleh menurun-tarafkan nilai aktiviti sosial, kemajuan, maskud kemanusiaan itu sendiri termasuk keyakinan diri dan nilai-nilai kekeluargaan. Dengan itu, guru-guru, ibu-ibu dan bapa-bapa tidak boleh terlalu tegas terhadap anak didik mereka jika mereka ingin mengajar dan mendidik mereka untuk menjadi anak yang taat. 7
7) Belayar bersama Ulama dan hadiri majlis persidangan bersama mereka dapat membantu dalam pendidikan Ada sesetengah orang yang menimba ilmu, belajar adab, pekerjaan, pandangan dan nilai-nilai daripada guru-guru mereka, daripada orang-orang yang ahli dalam bidang yang diceburi, dan orangorang yang mereka sudah anggap sebagai rolemodel. Pengalaman praktikal biasanya mempengaruhi idea-idea yang lebih mantap untuk setengah matapelajaran. Jika luas ilmu guru itu, lebih mendalamlah fahaman anak didiknya. Sebenarnya istilah-istilah merumitkan proses pembelajaran para pelajar. Ada yang menganggap istilah-istilah ini sebahagian daripada matapelajaran. Sikap yang kurang tepat ini hanya boleh diatasi dengan beberapa cara termasuk cara pengajaran. Ianya lebih baik apabila pelajar dapat belajar dan menimba ilmu daripada pelbagai guru dan pendidik untuk meluaskan fahamannya, dan 8
pelajar juga dapat membuat perbandingan dalam fahamannya tentang istilah-istilah yang dia telahpun pelajari. 8) Pendidikan mesti praktikal Ibn Khaldun menekankan pengajaran seni dan kraf. Beliau mengatakan pentingkan kedua-dua ini supaya pelajar dapat memerhati, merasakan dan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Mereka akan faham apa yang dimaksudkan di dalam teks, kemudian mereka dapat melihat, memegang, menggunakan, merasakan dan/atau mendengar teori-teori di buku mereka. Matapelajaran sedemikian tidak boleh diajar dalam konteks teori sahaja. 9) Pembelajaran sains memerlukan kemahiran Ibn Khaldun percaya bahawa pembelajaran sains memelurkan kemahiran. Sunnah itu penting dalam pembelajaran. Sunnah mesti ditegakkan demi kemajuan sains. Jika tidak, sains dan pendidikan akan surut dan merosot. 9
Kesimpulan Ibn Khaldun menekankan kepentingan sains, pendidikan dan pengajaran. Beliau melihat sains dan pendidikan amat berkaitan dan tidak terputus dengan kemakmuran masyarakat. Beliau mengatakan bahawa perbezaan yang sebenar antara manusia dan makhluq yang ialah keupayaan manusia untuk berfikir. Apabila seseorang itu berfikir, idea akan muncul. Idea itu timbul disebabkan sifat yang ingin tahu. Dengan sifat ingin tahu ini membuat seorang individu menyiasat, belaja dan mencari apa yang ingin diketahui. 10